Saturday, January 3, 2015

TAHUN BARU YANG RAHMAT



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perjalanankehidupan generasi baru harus diteruskan tanpa melihat kegagalan dimasa lalu. Kita baru saja memasuki tahun 2015 dan meninggalkan 2014 yang telah banyak berlaku peristiwa ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana kita dapat mengatasi permasaalahan ini dengan lebih bersemangat waja.

          Kita telah meninggalkan 2014 yang telah banyak mewarnai kehidupan rakyat Malaysia dari kecelakaan syarikat penerbangan Negara  sehinggakan bencana banjir yang menggegarkan diarah negeri negeri dipantai timur semenanjung. gelombang banjir besar yang tidak pernah akan kita duga akan kesannya sehinggakan memusnah sebahagian besar harta penduduk seperti rumah hanyut dan kenderaan yang bertindih antara satu sama lain.

          Dan apa yang sangat menyedihkan adalah kejadian ini dipersekitaran penduduk yang rata ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kerajaan persekutuan serta badan badan kebajikkan datang membanjiri lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan serta bergadai nyawa membantu. Namun apa yang menjadi persoalan disini adalah badan badan NGO dari rakyat Malaysia yang berbangsa selain Melayu amat kurang untuk menghulurkan bantuan. Mereka tetap meneruskan agenda hiburan mereka tatkala rakyat yang lainnya masih dilanda musibah.

          Yang menjadi persoalannya adalah seberapa besar dan kuatnya ekonomi bangsa Melayu untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan. Bagaimana mereka hendak membina semula timpat tinggal jika keadaan ekonomi yang kecil dan ada juga yang langsung tidak mempunyai simpanan. Maka Kerajaan juga yang akan diharapkan agar dapat meringankan bebanan ini.

MARILAH KITA SAMA SAMA memikirkan dimasa akan datang bagaimana untuk kita dapat merangsang ekonomi kita agar kukuh dan terhindar dari perasaan yang amat berat untuk menanggung segala perbelanjaan jika ditimpa bencana dan kesusahan.

            Mari kita tingkatkan pendapatan dari satu sistem yang dapat mengukuhkan kehidupan dalam lapangan perniagaan. Tingkatkan martabat kehidupan anak Bumiputera. rangsang semua dari apa jua badan badan kerajaan yang dapat membantu. Jadikan PERNIAGAAN kerjaya utama kehidupan.

Wasallam.