Saturday, September 13, 2014

INFO BERNIAGA MUDAH

Assalamualaikum.

     Setiap perniagaan memerlukan modal. Ada yang perlu memulakan dengan modal yang besar, ada yang bermodal sederhana dan ada yang tidak memerlukan modal. Ramai yang berminat namun apabila isu berkaitan modal maka jalan bekerja menjadi jawapan. Ramai juga yang berfikiran jika bekerja maka masaalah menjadi kecil, tanpa mengeluarkan modal dan buah fikiran untuk berjaya.

   Namun kekayaan terbukti tidak akan dicapai jika hanya kita menjadi pekerja. Berapa banyak gaji yang akan kita perolehi sepanjang kita hanya menjadi pekerja. Lagi lagi jika kita berketurunan Melayu yang tahap kerajinan dan kuasa berfikir amat terhad. Mungkin ini satu budaya yang perlu kita tukar untuk generasi akan datang. Mari kita ciptakan satu budaya Perniagaan menjadi satu budaya kehidupan.

    Kita boleh mulakan dengan memperdagangkan barangan keluaran sesiapa sahaja kerana kita bukan lahir dari generasi peniaga yang telah mewarisi material perdagangan. Namun kita harus pastikan jenama serta kekuatan sesuatu syarikat dahulu sebelum kita terlibat secara langsung. Yang penting kita harus memulakan budaya berniaga agar dapat kita wariskan untuk generasi akan datang

Fikiran kita juga harus sentiasa fokus dan positif. Elakkan dari mendengar perkara perkara yang mungkin menyebabkan kita akan menjadi lemah.

wasallam.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment