Saturday, August 16, 2014

Kebiasaan yang Betul

Assalamualaikum.

Selepas mendapatkan pekerjaan, maka perancangan untuk berkeluarga mula dirancang. Mana yang merasakan pendapatan yang tidak mencukupi untuk perjalanan kehidupan berumahtangga maka mencari pekerjaan yang tinggi sedikit tangga gajinya. Namun mereka yang tak berani untuk bertukar kerja maka kerja kerja sambilan mula dicari. Mereka masih memikirkan tentang keselesaan bekerja makan gaji.

Ramai yang tak sanggup untuk berusaha mencari satu cabang pendapatan dari bidang perniagaan yang mana jika diusahakan dengan betul maka ianya akan memberikan pulangan yang lebih besar lagi dari pekerjaan makan gaji. Mungkin tiada galakkan dari keluarga ataupun memang tiada dikalangan ahli keluarga yang berniaga. Mereka merasakan seolah olah perniagaan tidak menjamin masa depan.

Ada ahli keluarga yang akan mula memberikan motivasi yang buruk jika menjalankan perniagaan. Dengan bekerja maka kita tak perlu nak susah susah lagi memikirkan tentang hidup. Dengan bekerja maka pendapatan bulanan yang tetap akan diperolehi. Jika berlaku sesuatu pada diri seperti sakit maka cuti sakit memberi kemudahan untuk kita terus menikmati gaji tang susut sedikit pun.

Ada cuti tahunan serta mungkin bonus tahunan juga. Inilah satu satu nya masaalah yang sering di ajukan dan kebaikkan jika bekerja makan gaji



Wasallam...................


My Team

No comments:

Post a Comment