Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kecantikkan selalu diperkatakan dan dibahas oleh kebanyakkan kaum wanita. Saban hari mahupun setiap masa. Kaum wanita terlalu obses dengan kecantikkan, Bahagian yang selalu menjadi topik adalah bahagian wajah, Wajah adalah harta yang paling berharga pada anggapan kaum wanita. Kecerahan serta kehalusan menjadi satu keutamaan dalam menilai tahap kecantikkan.
Potongan atau bentuk badan menjadi taruhan kedua. Potongan atau bentuk badan selalunya dapat disembunyikan dibelakang pakaian yang menampakkan bentuk badan bukan yang sebenar. Begitu juga dengan aksesori kecantikkan yang lain. Namun ramai kaum wanita gagal untuk mengesan keperluan penting yang memainkan peranan paling penting jika mahu cantik. Yaitu tentang KESIHATAN DALAMAN untuk hasil yang maksimum.
Cara dan kadar pemakanan yang seimbang serta berkualiti jarang menjadi petunjuk. Untuk mengeluarkan modal alatan kecantikkan biasanya mudah diadakan ataupun tak kisah dengan jumlahnya asalkan nampak cantik. Dan akhirnya kebanyakkan mereka akan menggunakkan kaedah kaedah rawatan moden dengan jalan pintas untuk menzahirkan kesannya.
wasallam.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment