Tuesday, September 23, 2014

INFO SATU BUDAYA LAMA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

         Kepada bangsa ku, marilah kita sama sama mengubah cara kehidupan kita dengan menjadikan perniagaan sebagai satu budaya yang baru. Jika kita lihat disekeliling kita dan kita sama sama perhatikan bangsa Cina terutamanya yang berjaya menjadikan perniagaan sebagai satu warisan turun temurun mereka. Rata rata dikalangan mereka lebih selesa bila menjadikan perniagaan sebagai satu mata pencarian dan kerjaya mereka.

          Namun bangsaku lebih berminat menjadikan pekerjaan makan gaji menjadi satu kerjaya dan pekerjaan untuk menyara kehidupan. Profesian makan gaji dilihat lebih selamat atau pekerjaan yang selesa. Mereka tak perlu untuk lebih dari sudut berfikir dan selalu mengerjakan kerja kerja yang sama setiap hari.

S ; Kenapa makan gaji lebih baik.!

J : 1. Tak perlu risau tentang pendapatan bulanan.
      2. Tak perlu risau jika sakit, boleh MC dan gaji jalan.
      3. Ada cuti tahunan yang berbayar.
      4. Ada kenaikkan gaji dan bonus tahunan.
      5. Ada simpanan hari tua/ KWSP.
      6. Ada perlindungan SOCSO.

S : Kenapa berniaga dikatakan susah.!

J : 1. Pendapatan tak menentu, ada kerja ada duit.
      2. Kalau sakit kena keluar duit sendiri dan hilang pendapatan.
      3. Tiada cuti tahunan yang berbayar.
      4. Kena usaha lebih untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.
      5. Tiada simpanan hari tua.
      6. Perlindungan kemalangan kena beli sendiri.

        Inilah persoalan persoalan yang sering bermain main dalam pemikiran orang orang tua kita. Hanya kerana perniagaan bukan menjadi budaya kita. Tetapi makan gaji telah lama menjadi satu gaya hidup yang lapuk.


Terima Kasih
Wassalam.




No comments:

Post a Comment