Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kecenderungan manusia menjaga kesihatan amat berbeza mengikut bangsa ataupun kaum kaum didunia. Kaum Cina adalah satu bangsa yang amat mementingkan penjagaan kesihatan. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan kesihatan yang tinggi. Mereka beranggapan bahawa dengan kesihatan yang baik maka segala perancangan dalam hidup mudah untuk dikendalikan. Konsep mereka amat mudah dan praktikal yaitu "
Mencegah lebih baik dari merawat ".
Konsep "
Mencegah lebih baik dari merawat ' adalah satu konsep yang amat dianjurkan dalam Islam. Namun ianya amat berbeza sekali dengan amalan bangsa Melayu yang lebih suka menunggu penyakit menyerang baru menggelabah untuk mencari penawarnya. kekadang penyakit dah sampai tahap kronik baru mencari penawarnya. Ianya semuanya sudah terlambat.
Oleh itu adalah menjadi satu kewajiban kita sesama manusia untuk memberikan nasihat agar cara kehidupan sebegini dapat kita ubahkan agar budaya lama tidak lagi menjadi satu budaya yang diperturunkan untuk anak cucu cicit kita dimasa depan. Kami mahu mendidik mereka agar lebih peka dengan kesihatan diri menjadi satu keutamaan dalam kehidupan.
Marilah kita memulakan satu langkah baru dengan menjadikan " Kesihatan satu agenda utama kehidupan ".Marilah kita bersaing dengan kaum kaum lain yang ada disekeliling kita dalam hal penjagaan kesihatan pada tahap tertinggi dalam kehidupan ini.
Wasallam
KESIHATAN ADALAH ANUGERAH TERMAHAL