Hai orang orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?
( Ash Shaaff 61 : 10 )
Ramai yang menilai ayat diatas mengikut konteks yang berbeza beza. Peratus yang tinggi menilai ayat tersebut hanya menjurus kearah yang sempit, iaitu berkaitan dengan kehidupan selepas mati. Namun penilaian dari sudut mempraktikkan Al Quran dalam kehidupan didunia diletakkan hanya dari sudut yang tidak praktik.
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama nama ( benda benda ) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Maaikat lalu berfirman: " Sebutkanah kepadaku nama benda benda itu jika kamu memang benar orang orang yang benar!"
( Al Baqarah 2 : 31 )
Pemilihan corak kehidupan didunia atas dasar mengikut keperluan semasa manusia itu sendiri. Namun kita diwajibkan menegak dan melaksanakan hukum dan undang undang bersandarkan terma dan syarat dalam Al Quran itu sendiri. Allah meletakkan satu satu hukum hanya mengikut apa saja yang fitrah disisinya.
Thaahaa. Kami tidak menurunkan A Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah.
( Thaahaa 20 : 1-2 )
Wassalam
No comments:
Post a Comment