Saturday, November 8, 2014

PROJEK SURI RUMAH 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

             Tidakkah kita pernah terbaca tentang penguasaan hartranah dan perniagaan oleh kaum lain di Malaysia ini. Kaum kaum lain telah mula melakar pelan untuk menguasai bidang politik untuk menjamin penguasaan Kuasa dan ekonomi. Bidang ekonomi sudah lama mereka kuasai sedangkan bangsa kita masih lagi leka dan merasa selesa dengan apa yang ada.

              Jika kita tidak mahu melihat akan akan nasib yang bakal menimpa generasi akan datang maka perlulah kita memulakan perubahan untuk mengubah keadaan yang bakal merugikan anak anak kita juga. Kita harus keluar dari kepompong kehidupan yang taraf rendah atau sederhana kepada kehidupan taraf tinggi.

               Kita harus merubah cara kita mencari sumber kewangan kita yang ebih suka makan gaji kepada perniagaan yang Allah dan Rasulnya juga menganjurkan. Hari ini kita disajikan oleh dasar kerajaan yang rakus dan pegawai serta pekerja sektor kerajaan yang tidak pernah memikirkan nasib anak bangsa sendiri.

               Tahun perkhidmatan di lanjutkan dari usia 55tahun kepada usia 65tahun. Peraturan baru ini juga telah menghadkan peluang peluang pekerjaan untuk golongan muda berkhidmat disektor kerajaan. Itu belum lagi dengan birokrasi birokrasi yang harus kita tempohi.

                Bekerja disektor swasta pula banyak kerenah birokrasi dan perkauman. Bangsa kita akan selalu menjadi pekerja gred tiga. Dengan tangga gaji yang sedikit. kenaikkan gaji dan bonus yang tak setimpal dengan pekerjaan kita. Sampai bila kita sanggup untuk terus melalui kehidupam cara begini. Dan kalau kita tahan dengan situasi in adakah generasi kita akan tahan seperti kita?

MARI UBAH CARA HIDUP

Wasallam . Terima kasih.

Friday, November 7, 2014

PROJEK SURI RUMAH 4



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            Kemiskinan adalah satu belenggu dan kekangan kejayaan dimasa depan generasi kita. Kemiskinan akan menyebabkan manusia tertekan, dan tekanan akan menyebabkan manusia hilang pertimbangan lalu akan melakukan sesuatu perkara yang diluar jangka.

sketsa 1
             : Apabila melalui bangunan Mc donald maka sianak mengajak bapanya untuk makan kerana lapar dan hendak merasa sebagaimana kanak kanak lain yang dilihat berada dalam bangunan Mc donald. Maka sibapa memujuk anaknya bahawa makanan di Mc donald ni kurang sedap, sianak tetap mahu kedalam lalu dipujuk sekali yang makanan di Mcdonanld ni tak halal.

             : SEBENARNYA sibapa tak mempunyai duit untuk memenuhi kehendak sianak lalu memikirkan bermacam macam alasan untuk mengelak dari memenuhi kehendak sianak itu.SUSAH sebenarnya jadi orang miskin dan terpaksa mengharapkan bantuan bantuan kerajaan tanpa memikirkan jalan untuk mengubah nasib dan masa depan.

             Kekayaan tak semestinya membinasakan. Malahan dengan berbekalkan harta kekayaan akan membuka lebih banyak peluang peluang keharmonian hidup. Dengan berbekal harta yang boleh diwariskan kepada generasi kita pasti akan memberi peluang untuk generasi kita menambah lagi harta kekayaan dan memudahkan untuk melakukan amal amalan yang dituntut oleh masyarakat.

Kekayaan juga akan membuat generasi kita lebih selamat dari dijadikan KAMBING oleh orang orang yang berkepentingan. Generasi kita juga susah untuk disogokkan tawaran tawaran yang membinasakan. Gejala MURTAD dalam kalangan umat juga disebabkan kemiskinan.

MARI UBAH CARA HIDUP


Wasallam . Terima kasih


My Team

Thursday, November 6, 2014

PROJEK SURI RUMAH 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera

            Pernah tak kita terfikir tentang MASA DEPAN anank anak dan GENERASI KITA akan datang?
bukankah anak anak kita adalah tanggungjawab kita untuk dibesarkan dengan cara yang betul. dengan pengalaman hidup yang telah kita lalui dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana cara kita untuk mendidik anak kita.

           Anak anak kita adalah tanggungjawab kita dan bukannya tanggungjawab orang lain dalam hal mendidik. Ianya juga bukan tanggungjawab Kerajaan atau Negara yang wajib kita pundakkan. Cuba kita lihat diri kita sendiri yang mewarisi hasil didikkan orang tua kita terdahulu. Apa yang kita warisidari mereka. Adakah kesenangan atau kesusahan.

           Jika kesusahan yang kita warisi maka apakah kemiskinan juga yang hendak kita wariskan untu generasi kita dan cucu cicit kita menanggung kesan dari tidak kecerdikkan ktia melayari kehidupan ini. Kita kena merenung kembali semasa kita kecil dahulu. Adakah kehidupan ketika itu sama keadaannya seperti sekarang dimana peluang peluang pekerjaan dan perniagaan tak wujud seperti sekarang.

            INGATLAH! Sesungguhnya KEMISKINAN ini satu belenggu yang akan merosakkan generasi akan datang. Dengan kemiskinan dan kekurangan akan lebih menyebabkan perkara perkara negatif berlaku.Anak anak dan generasi tidak yahu bagaimana untuk menjalani mkehidupan apabila kita tidak meletakkan satu tapak kejaytaan yang boleh ditambah baik oleh generasi kita dimasa depan.

Kekayaan juga tidak akan membinasakan.

MARI UBAH CARA HIDUP


Wasallam. Terima kasih
My Team

PROJEK SURI RUMAH 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

             Pernahkah kita terfikir tentang MASA DEPAN kita dan GENERASI KITA yang akan datang. Mungkin apa yang kita nikmati hari ini tidak akan kekal selama lamanya selagi kita masih tidak memikirkan tentang masa depan kita dan anak cucu kita dan bagaimana untuk mengekalkannya.

             Kita selalu dan sering diajar untuk bersyukur oleh orang tua kita, tapi bersyukur dengan cara yang BAGAIMANA? Adakah bersyukur dengan apa yang ada saja atau memadai dengan apa yang kita punya?
Rasanya tak salah,Tapi kan tak salah jika kita mensyukuri nikmat dengan lebih berusaha untuk menambahkan nikmat hidup dengan kekayaan yang dianugerahkan Tuhan.

             Atau kita diajar BERSYUKUR dengan kemiskinan dan melihat saja kekayaan demi kekayaan yang dihasil dan didomonasikan oleh kaum lain?

MARI UBAH CARA HIDUP
Wasallam. Terima kasih


My Team

PROJEK SURI RUMAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

           Hari ini kekangan kewangan menyebabkan banyak merasa tekanan yang tinggi dalam kehidupan. Masaalah kewangan juga boeh menyebabkan keharmonian rumah tangga menjadi tegang. Kadang kadang hanya disebabkan masaalah yang kecil sahaja rumahtangga boleh jadi kacau bilau.

           Seperti kebanyakkan orang juga, masaaah kewangan sering menyebabkan kita hilang tumpuan dalam hidup. Kita sentiasa sibuk bekerja untuk mencukupkan keperluan ini namun tidak pernah merasa untuk menunaikan tanggunjawab yang berat ini. Apalah sangat yang dapat kita harapkan bantuan kerajaan.

            Isu sabsidi hanya akan  lebih membebankan hidup jika isu ini menjadi harapan yang besar untuk menampung kehidupan ini. Kita telah dibiasakan dengan cara hidup yang mengharapkan bantuan demi bantuan. Oleh marilah kita mulakan gerakkan untuk menambahkan pendapatan dan meringankan beban kewangan keluarga dengan memulakan perniagaan secara konsisten.

Perniagaan yang mudah untuk kita uruskan, yang mudah kita harapkan hasilnya dan perniagaan yang tidak membebankan dari sudut modal. Dengan modal yang kita rasa mampu untuk kita adakan.

MARI UBAH CARA HIDUP
Wassalam. Terima kasih

My Team

Monday, November 3, 2014

KITA PERLUKAN IMPIAN

GARIS MASA
 








DREAM & GOAL:
·       INCOME
·       RUMAH
·       KERETA
·       MELANCONG
·       SAVING
·       SHARE FAEDAH PRODUK-BANTU ORG. LAIN
·       TIME FREEDOM, MONEY FREEDOM.

*BERMULA SEKARANG*

*COME AND JOIN US TODAY*

My Team