Tidakkah kita pernah terbaca tentang penguasaan hartranah dan perniagaan oleh kaum lain di Malaysia ini. Kaum kaum lain telah mula melakar pelan untuk menguasai bidang politik untuk menjamin penguasaan Kuasa dan ekonomi. Bidang ekonomi sudah lama mereka kuasai sedangkan bangsa kita masih lagi leka dan merasa selesa dengan apa yang ada.
Jika kita tidak mahu melihat akan akan nasib yang bakal menimpa generasi akan datang maka perlulah kita memulakan perubahan untuk mengubah keadaan yang bakal merugikan anak anak kita juga. Kita harus keluar dari kepompong kehidupan yang taraf rendah atau sederhana kepada kehidupan taraf tinggi.
Kita harus merubah cara kita mencari sumber kewangan kita yang ebih suka makan gaji kepada perniagaan yang Allah dan Rasulnya juga menganjurkan. Hari ini kita disajikan oleh dasar kerajaan yang rakus dan pegawai serta pekerja sektor kerajaan yang tidak pernah memikirkan nasib anak bangsa sendiri.
Tahun perkhidmatan di lanjutkan dari usia 55tahun kepada usia 65tahun. Peraturan baru ini juga telah menghadkan peluang peluang pekerjaan untuk golongan muda berkhidmat disektor kerajaan. Itu belum lagi dengan birokrasi birokrasi yang harus kita tempohi.
Bekerja disektor swasta pula banyak kerenah birokrasi dan perkauman. Bangsa kita akan selalu menjadi pekerja gred tiga. Dengan tangga gaji yang sedikit. kenaikkan gaji dan bonus yang tak setimpal dengan pekerjaan kita. Sampai bila kita sanggup untuk terus melalui kehidupam cara begini. Dan kalau kita tahan dengan situasi in adakah generasi kita akan tahan seperti kita?
MARI UBAH CARA HIDUP
Wasallam . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment