Friday, November 7, 2014

PROJEK SURI RUMAH 4



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            Kemiskinan adalah satu belenggu dan kekangan kejayaan dimasa depan generasi kita. Kemiskinan akan menyebabkan manusia tertekan, dan tekanan akan menyebabkan manusia hilang pertimbangan lalu akan melakukan sesuatu perkara yang diluar jangka.

sketsa 1
             : Apabila melalui bangunan Mc donald maka sianak mengajak bapanya untuk makan kerana lapar dan hendak merasa sebagaimana kanak kanak lain yang dilihat berada dalam bangunan Mc donald. Maka sibapa memujuk anaknya bahawa makanan di Mc donald ni kurang sedap, sianak tetap mahu kedalam lalu dipujuk sekali yang makanan di Mcdonanld ni tak halal.

             : SEBENARNYA sibapa tak mempunyai duit untuk memenuhi kehendak sianak lalu memikirkan bermacam macam alasan untuk mengelak dari memenuhi kehendak sianak itu.SUSAH sebenarnya jadi orang miskin dan terpaksa mengharapkan bantuan bantuan kerajaan tanpa memikirkan jalan untuk mengubah nasib dan masa depan.

             Kekayaan tak semestinya membinasakan. Malahan dengan berbekalkan harta kekayaan akan membuka lebih banyak peluang peluang keharmonian hidup. Dengan berbekal harta yang boleh diwariskan kepada generasi kita pasti akan memberi peluang untuk generasi kita menambah lagi harta kekayaan dan memudahkan untuk melakukan amal amalan yang dituntut oleh masyarakat.

Kekayaan juga akan membuat generasi kita lebih selamat dari dijadikan KAMBING oleh orang orang yang berkepentingan. Generasi kita juga susah untuk disogokkan tawaran tawaran yang membinasakan. Gejala MURTAD dalam kalangan umat juga disebabkan kemiskinan.

MARI UBAH CARA HIDUP


Wasallam . Terima kasih


My Team

No comments:

Post a Comment