Thursday, November 6, 2014

PROJEK SURI RUMAH 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera

            Pernah tak kita terfikir tentang MASA DEPAN anank anak dan GENERASI KITA akan datang?
bukankah anak anak kita adalah tanggungjawab kita untuk dibesarkan dengan cara yang betul. dengan pengalaman hidup yang telah kita lalui dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana cara kita untuk mendidik anak kita.

           Anak anak kita adalah tanggungjawab kita dan bukannya tanggungjawab orang lain dalam hal mendidik. Ianya juga bukan tanggungjawab Kerajaan atau Negara yang wajib kita pundakkan. Cuba kita lihat diri kita sendiri yang mewarisi hasil didikkan orang tua kita terdahulu. Apa yang kita warisidari mereka. Adakah kesenangan atau kesusahan.

           Jika kesusahan yang kita warisi maka apakah kemiskinan juga yang hendak kita wariskan untu generasi kita dan cucu cicit kita menanggung kesan dari tidak kecerdikkan ktia melayari kehidupan ini. Kita kena merenung kembali semasa kita kecil dahulu. Adakah kehidupan ketika itu sama keadaannya seperti sekarang dimana peluang peluang pekerjaan dan perniagaan tak wujud seperti sekarang.

            INGATLAH! Sesungguhnya KEMISKINAN ini satu belenggu yang akan merosakkan generasi akan datang. Dengan kemiskinan dan kekurangan akan lebih menyebabkan perkara perkara negatif berlaku.Anak anak dan generasi tidak yahu bagaimana untuk menjalani mkehidupan apabila kita tidak meletakkan satu tapak kejaytaan yang boleh ditambah baik oleh generasi kita dimasa depan.

Kekayaan juga tidak akan membinasakan.

MARI UBAH CARA HIDUP


Wasallam. Terima kasih
My Team

No comments:

Post a Comment