Telah menjadi kebiasaan kepada setiap manusia didunia ini menjalani kehidupan tak kira di ceruk mana sekalipun didunia. Mereka sentiasa akan merancang tentang kehidupan untuk masa hadapan. Proses perancangan mereka tetap sama walau sampai bila bila.
Selepas tamat pengajian tinggi atau tamat persekolahan tahap menengah, mereka akan mula melihat tentang kehidupan yang bakal diharungi. Samada mengikuti pandangan ramai atau pun melihat atas tiket kemampuan diri. Peratusan tinggi Manusia akan memulakan kehidupan dengan mencari pekerjaan yang dirasakanya sesuai dengan kelulusan akademinya ataupun atas keterpaksaan untk kelangsungan hidup.
Kalau melihat populasi bangsa yang ada di Malaysia maka kita akan mula melihat ketaksuban pekerjaan yang diminati mengikut kebiasaan bangsa dan kaum masing masing. Bangsa yang paling kurang menilai potensi diri dan keperluan asas asas kehidupan adalah bangsa Melayu. Mereka lebih suka mencari pekerjaan yang senang dan kurang menggunakan daya pemikiran yang agak berat.
Seven eleven, KFC, hyper market ataupun yang suka dengan permotoran maka jawatan dispect mula dilamar. Mana yang mempunyai keluarga yang bekerja disektor Kerajaan maka jawatan jawatan kekosongan yang ada mula untuk dilobi. Begitulah trend kehidupan sekarang.
Wasallam
No comments:
Post a Comment